Sunday, May 25, 2008

Peniaga dengar taklimat perintah tembakau

Oleh Hajah Saemah Zulkefli

Antara peniaga kedai runcit dan pasar raya yang hadir mendengar taklimat mengenai perintah tembakau yang akan dikuatkuasakan 1 Jun nanti.

KUALA BELAIT, Isnin - Sekitar 40 orang peniaga kedai runcit dan pasar raya di daerah Belait hari ini mendengar taklimat Perintah Tembakau yang diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Kesihatan dekat sini.

Taklimat oleh Pegawai Perubatan Kanan Unit Kawalan Tembakau Dr Haji Rozaimi Haji Tengah yang antara lain bertujuan memberi kefahaman kepada peserta untuk melindungi kesihatan awam.

Beliau meminta bekerjasama dalam perkara berkenaan setelah Perintah Tembakau itu nanti dikuatkuasakan pada 1 Jun nanti. Taklimat itu turut memberi penerangan mengenai papan tanda yang akan digunakan setelah perintah itu dikuatkuasakan nanti dimulakan dengan semua yang terlibat terutama peniaga yang dibenarkan menjual rokok.

Peniaga juga mendengar penerangan mengenai cara-cara menjual, lesen yang diperlukan, cara-cara mempamerkan rokok dan akta-akta serta peraturan yang telah ditetapkan bagi larangan itu.

Bahagian dua kawalan produk tempatan menyatakan larangan membekalkan kepada pembeli berumur di bawah 18 tahun seperti dalam Bab 9 serta meminta bukti umur pembeli. Mereka yang melanggar peraturan itu didenda $5,000.

Kawalan merokok bagi mereka yang berusia 18 tahun ke bawah termasuk dalam Bab 10 dan penampalan notis larangan bersesuaian (Bab 11) dengan pelanggaran kedua-dua bab itu boleh menyebabkan didenda juga $5,000.

Antara kawalan produk tembakau ialah kuasa untuk melesenkan pengimport dan penjual (Bab 12), Peraturan Tembakau (Pelesenan Pengimport, Pemborong dan Peniaga Runcit (2007), iaitu produk tembakau tidak boleh diedarkan, dijual atau ditawarkan untuk dijual tanpa lesen, selain pembayaran lesen $2,500 setahun bagi mengimport dan menjual borong borong dan bayaran $300 setahun bagi lesen berniaga runcit.

No comments: